Assalamualaikum semua! hye.. Okay! harini pun aku nak cerita pada hari Isnin hmmm lagi 2 hari kot nak raya.. Yeay! Mmg best pun raya, tapi sebenarnya sejak kebelakangan ni raya-raya aku ni tak best.
Sebab arwah atok dah meninggal, lama dah dia meninggalkan keluarga kami.. Hmmm hanya mampu berdoa agar dia tenang di sana. Aminnnnn :) Kalau dia ade, kampung Perak aku ni memang meriah gila-gila, jadi semangat aku nak raya :D Rumah tu penuh dengan orng-orang masjid dan saudara-mara dari jauh-jauh belaka.. Kampung tu ade 2 ruang tamu. 1. ruang tamu atas, 2. ruang tamu bawah..
Kampung tu memang best gila ahhh.. Ramai sepupu aku baya-baya aku.. dalam 13-17 hmmm memang awesome ahh. Kalau kat Pahang budak-budak dalam lingkungan 9-13 hmmm tak best ahh.. Takde cerita gempak-gempak nak cerita. Tapi, kat Perak ni aku dulu jarang bergaul sangat, kalau perempuan tu rapatla.. kalau lelaki ni susah sikit, kiteorg jarang bertegur sebab malu-malu ahh.. Mmg tak tegur ahh pandang pun tak.. Sebab kiteorg ingat dia sombong arr.. bila dah cakap-cakap tu, terus cerita semua... yang dia ni malu, yang dia ni pulak takut nak tegur, yang ni pulak cakap tu ini.. hmmm
Abis semua keluar.. hahahahahah xD tapi mmg awesome kampung Perak ni.. Aku suka gila! walaupun kampung tu sunyi takde arwah atok aku, tapi kiteorg cuba nak ceriakan rumah tu :D
And, kalau ade arwah atok, rumah tu tak pernah lenggang mesti ade je tetamu datang.. mmg tak boleh dinafikan rumah tu penuh gial, walaupun besar rumah tu walupun dah dibesarkan lagi, rumah tu tetap penuh.. sampai kiteorg semua duduk kat dalam bilik.. hmmm lawak je.. Dulu rumah tu setengah kayu setengah simin.. Bila dah dibesarkan, semua simin, cuma dapur je setengah tu kayu.. Tapi mmg besar la.
Memang aku cakap kampung aku ni kalau ade atok, ceria je semua.. kampung halaman bersih takde banyak daun-daun gugur.. Pokok bunga kemas tersusun.. Tiap-tiap malam pasang pelita kat luar rumah.. Pasang lampu warna-warni tu.. Mmg time nak raya tu, mmg semua semangat nak pasang tu ini... Tapi, bila arwah tinggalkan kami, rumah tu dah tak ceria sangat, daun bersepah.. takde sape nak bakar, bunga-bunga dah mula nak layu... Hmm kalau tak arwah selalu uruskan kampung tu.. dia suka bunga-bunga ni....
Tapi nak buat camana kan.. allah lebih sayangkan dia.. hmmm kita doakan je yang terbaik untuknya :')
Haaaaa... lagi satu, kampung aku ni macam atas bukit tau, so.. bila atas bukit tu, blakang rumah mesti la juram kan.. hmmm dulu kalau kecik-kechik dulu slalu mandi kat sungai blakang rumah tu.. hanya perlu turun bukit, and boooosshhhhh terjun.. hmmm mmg best ahh, dah lama jugak tak mandi situ, dekat 5 tahun tau tak mandi situ... Sbb kiteorg tengok air dah mula cetek and ade org buat rumah kat seberang sana... So,mesti ade pokok-pokok tebang and jatuh kat sungai ann.. hmmm kiteorg pun dah tak mandi dah :(
Lagi satu, sebab pakcik ade pergi sungai, naik-naik je ade pacat la lintah la.. banyak pulak tuuu, hmmm takut dah nak pergi sana... Hmmm tapi kiteorg mmg dah malas nak pergi sana sebab semak dah dulu ade jalan, skarang dah takde jalan.. dah banyak sangat lalang kat situ. hmmm mungkin itu sajela nak cerita, kalau ade lagi aku cerita k? k byeeeee assalamualiakum :D
NOTE: Hati-hati di sungai, mungkin ade binatang yang tak disangka :P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment